Sunday, 13 January 2013

12 Januari :(

tarikh atas , tarikh keramat yang rasanya sangat memberi kesan kat aku untuk tahun 2013 ni , kepada cikk nurin , harap berbahgia lah di samping orang tersayang walau dimana pun anda berada , ambe just boleh kirim doa jaa lepas ni ..lepas around 6bulan24hari aku couple ngan nurin , and now rasanya masa yang sesuai untuk dia pergi dari hidup aku .. bukan aku buang dia , tapi dia yang buang aku (macam biasalaa yang aku dok kena selama ni) so , nasihat aku kat korang korang semua , harap after this , aku tak dapat lagi spesies spesies camni laa dalam hidup aku .. bukan nya tak suka , tapi dah muak laa dengan permainan korang .. penat tau dak dipermainkan , korang ingat seronok ke ? so , kepada AWAK tuu , jagalaa diri bila saya dah takda sebab lepas ni takda dah laa orang akan tanya awak kat mana , buat apa , dengan sapa macam yang selalu saya buat tuu , saya berani jamin :) ini jalan yang awak pilih , saya terima jaa awak , saya tak pernah bantah apa awak nak , tapi ni yang awak buat kat saya yaa ? saya redha :) sekian salam semua :)
#lagu harini , aku tujukan untuk AWAK saya tuu .. cukuplaa seksa saya dalam kelas sebab takleh concentrate awak asyik datang dalam fikiran saya and buat saya termenung :(
Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

No comments:

Post a Comment