Thursday, 5 September 2013

Bangang Abadi :)

Tajuk di atas takda kaitan antara yang hidup atau yang mati. Sebab apa? Entahlah. Tetiba malam ni nak update blog tentang kejadian 'panas' baru baru ni. Kejadian apa? Haaa. Satu Malaysia gempar dengan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 20sen. Kata MACAI , 'alah duapuloh sen jaa pun. Bukannya dua ringgit' . Kepada MACAIMACAI sekalian , memang laa minyak naik 20sen SAHAJA tapi kesan dari kenaikan harga minyak ni laa yang bakal membebankan rakyat jelata. Dengan 20sen, harini Persatuan Teksi dah minta untuk menaikkan harga tambang teksi. Persatuan BasBas ekspress pun mintak tambang diorang dinaikkan. Kenderaan Perdagangan Awam pun dah mula naikkan harga penggunaan khidmat diorang kepada tambahan 5% . Bila mula jaa harga minyak naik, akan mula lah semua barang akan naik harga. Tak percaya? Kalau ada shopping sebelum minyak naik haritu , cer korang try pegi meronda kedai kedai runcit. Ada tak harga barang yang taksama dengan harga korang beli sebelum raya haritu ? Mesti ada sebab mulanya dengan harga minyak naik. Yang miskin, terus miskin dan yang kaya terus terusan jadi kaya. Sebab apa aku cakap macam ni? Memang kenyataan pun. Sapa yang naik kenderaan awam untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat? Agak agak ada tak orang kaya yang naik bas henti henti kalau nak pegi keja ? Korang pikir lah sendiri. Sampai bila orang orang kampung akan terus terusan ditindas oleh pihak atasan? Sampai bila orang orang susah akan terus terusan ditipu oleh pihak yang senang? Aku takdelah susah mana and takdelah sesenang mana. So bagi aku, ini sangat tidak adil bila kawan kawan aku yang takberkemampuan nak beli keta atau moto terpaksa berhadapan dengan benda alah ni. Bukalah mata wahai rakan rakanku semua. Yang mana masih lagi dibutakan dengan soal BR1M dan Rebate telefon bimbit yang hanya RM200 kalau nak dibandingkan dengan harga yang terpaksa kita bayar balik? Actually , kalau korang nak tahu , BR1M,  BB1M , TR1M and son on yang ada 1Malaysia ni, memang sepatutnya diberikan oleh pihak kerajaan takkira lah pihak mana pun berada di pihak kerajaan. Lagipun, duit yang digunakan tu , memang sepatutnya dimanfaatkan semula kepada rakyat selepas BANYAK gila cukai yang dahpun depa kutip. Bukannya semua tuu diberikan oleh pihak BiEnd . Jangan salah faham wahai sahabatku :) tolonglah , bukalah mata kalian . Jangan biarkan generasi kita ditipu lagi :) aku update blog ni pun , time tengah ada taklimat dengan pihak PTPTipu yang datang Universiti tempat aku belajar sekarang. Sebab tengah bengang dengan segala yang diorang tengah ucapkan ni. Seolah olah murninya PTPTipu ni. Memanglah dia memBANTU dalam pembiayaan nak masuk universiti, tapi sepatutnya dengan ketirisan wang yang berlaku setiap hari, PTPTipu ni takpayah dibayar lebih dari apa yang kita pinjam. Tapi , caj pentadbiran yang diorang kenakan dekat kita harganya macam takmasuk akal. Gila punya kerja semua ni. Herm. Rasanya sebelum aku meletup lagi teruk, baik aku stop. Okey lah semua. Diharapkan dapat membuka mata anda semua :)
ASSALAMUALAIKUM :)

No comments:

Post a Comment