Wah wah wahhh .
Bila aku bukak balik page ni tadi , Allahu . dah lebih setahun rupanya aku tinggalkan dunia blog aku . hm hm . takcukup masa nak menulis sebenarnya . banyak masa dihabiskan dengan benda lain . Alhamdulillah , harini 30Disember2014 , dah settle dua dari lima paper Final Exam aku . alhamdulillah , setakat sekarang pun , aku rasa aku masih boleh jawab semua . harapnya , apa yang aku harap , jadilah ;) Allahu , lamanya takmenulis dekat sini . hm hm untuk tahun 2014 ni , ni lah first and last entry aku rasanya . sepanjang tahun ni , dah banyak suka dan duka yang aku lalui . rasa macammana kena berhenti belajar . rasa macammana mencari sesuap nasi tu sesusah mana . macam macam lah . dan tahun 2014 ni jugak adalah tahun yang boleh aku katakan , malang buat negara Malaysia tercinta . antaranya yang boleh aku senaraikan :
1. Kehilangan MH370 bulan Mac yang sampai sekarang masih menjadi tanda tanya semua orang .
2. Relevannya isu MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak Rusia/Ukraine .
3. Puting beliung dikesan di Kedah dan Selangor .
4. Banjir besar melanda semua negeri dalam Malaysia .
Dan yang terbaru , kehilangan QZ8501 yang juga masih diteruskan misi pencarian hingga ke saat ini . Allahu , dunia ini semakin pelik . Allahu , kuatkanlah iman kami hambaMu ini . Allahu , matikanlah kami dalam iman .
Berbalik kepada kisah hidup aku sekarang . ehem , Alhamdulillah aku masih diberi pinjaman nyawa oleh Allah SWT untuk meneruskan sisa sisa kehidupan di bumi Tembila ni . Tembila ni kalau pada awalnya aku sampai sini , aku ingat hutan adalah tempat tinggal kami . tapi setelah hampir 3bulan menjadi pemastautin tetap disini , aku mula sedar dan suka akan apa yang ada di Tembila . ketenangan . aku percaya , takramai yang tahu ketenangan yang maksimum dapat dicapai kalau anda menjadi penghuni kampus Tembila . selain Ku Noor Hasmah yang menjadi penguat semangat aku harihari disini , Alhamdulillah aku masih lagi boleh bernafas . oh tentang Ku Noor Hasmah . beliau merupakan anak kelahiran Ku Mat Ku Ismail dan isterinya . sekarang menetap di Segamat , Johor . Alhamdulillah masih belum berkahwin cuma hatinya sudah diusik sedikit oleh seorang kaum adam diluar sana yang terlebih dahulu mengenali dirinya sebelum aku . hm hm takpelah , orang cakap kalau ade jodoh , kau lari sampai ke Singapore pun kalau jodoh kau dengan dia , in sha Allah dengan dia . cuma sekarang , hanya doa yang ku kirimkan buat peneman . Allahu dah banyak aku menaio ni , rasanya bantal pun dah memanggil manggil nak tidur . Allahu , rindu nya Ku Noor Hasmah . em em . sekian dulu dari aku , Assalamualaikum WBT .
p.s : ade gambar simanismadu aku sertakan dengan post ni . Allahu , rindu .
No comments:
Post a Comment